LIKE US

( officially registered with SSM .. SSM registered no : 002192313X )

Tips , Petua dan Cara Kempiskan Perut Berkesan Selepas bersalin

Nak Kempiskan Perut Selepas Bersalin? Amalkan 4 Amalan Ini




“Aik, mengandung lagi?”

Bayangkan tiba-tiba jumpa kawan, dia tegur depan ramai-ramai orang tanya betul ke kita mengandung lagi, padahal baru aje bersalin.

Bayangkan bila tiba-tiba ada orang offer tempat duduk dalam LRT sebab ingat kita mengandung.

Aduuhhh.
Boleh spoil mood sepanjang hari. Nak salahkan diorang pun tak boleh juga, perut sendiri yang buncit tak boleh nak sorok. Diri sendiri la kena tanggung.

Jangan risau, masalah ni boleh dikatakan masalah sejagat wanita. Group online ibu berpantang, bersalin dan menyusukan sering keluar soalan ni.

“Siapa ada idea macamana nak kempiskan balik perut ni. HUHUHU”

Tragis sungguh bunyinya.

Ida ada jumpa petua-petua yang mungkin boleh anda cuba jika anda teruskan baca artikel ni.


Petua 1: Susu Ibu

Ida rasa petua ni sangat berkesan. Susu Ibu memang banyak baiknya pada baby, tetapi untuk ibu juga ada kesan yang sangat bagus untuk perut.
Sebaik sahaja selepas bersalin, susukan anak terus secara eksklusif boleh bantu buang lemak yang tidak diperlukan.
Menyusu badan boleh cepatkan proses kecutkan rahim dan boleh bakar 200 hingga 600 kalori sehari.
Bila rahim kita mengecut, perut buncit pun kembali kempis. Kalori terbakar juga bantu hilangkan lemak yang tak perlu di perut.
Anak kenyang dengan 1001 khasiat, si ibu kembali cantik seperti yang diinginkan.Sahabat kita dalam video di bawah ni PANIK bila susu kurang. Apa yang beliau lakukan selepas itu benar-benar berbaloi.


Petua 2: Berbengkung

Ibu Ida memang sangat strict tentang berbengkung ni. Dalam pantang memang wajib pakai.
Memang rasa tak selesa, rimas dan panas. Kadang-kadang gatal pun ada sebab berpeluh.


Tapi ia petua yang sangat berkesan langsingkan semula perut lepas bersalin.
Rahim kita sangat sensitif ketika ini, kerana telah berubah saiz berganda dari asal. Pergerakan yang banyak ketika berpantang perlu dielak bagi elak masalah pada rahim.
Sebab itu wajib berbengkung untuk menjaganya. Kulit-kulit geleber dan perut buncit juga boleh dibetulkan semula.
Walaupun ia petua yang makin dipinggirkan, namun ia masih menjadi petua utama penjagaan ketika pantang dari orang tua yang paling perlu dijaga jika ingin kembalikan bentuk badan zaman anak dara.
Dr Zubaidi juga bersetuju berbengkung boleh kurangkan berat badan.


Petua 3: Bertungku / Bertangas  / Bersauna

Banyak dah jenis bertungku moden masa kini. Tapi cara lama menggunakan batu / tungku besi yang disalai dan disalut sejenis daun(tak ingat daun apa) untuk bertungku.
Kaedah tradisional ini boleh pecahkan darah beku, lemak dan kurangkan bengkak dalam perut / rahim.
Lepas bertungku, boleh rasa darah-darah beku berketul-ketul keluar. Darah-darah kotor ini mesti keluar untuk jaga dalaman rahim kita.Rasa lega pun ada.
Bertangas dan sauna juga boleh pecahkan lemak. Lemak-lemak di perut penyebab buncit pun boleh hilang. Angin dan air berlebihan dalam badan pun boleh keluar.
Toksin yang ada dalam badan juga keluar melalui kulit dan badan akan rasa lebih ringan dan kembali kepada bentuk asal.


Petua 4: Kawal Pemakanan

Yang ini, ramai buat silap. Menyusu anak bukan peluang untuk makan 2 kali ganda dari biasa. Tetap kena kawal pemakanan.

Macamana badan tak macam dipam-pam jika asyik makan tanpa henti.

Tapi, itulah masalah kita ibu-ibu kan? Susah kawal selera makan.

Apabila anak dah tak minum susu ibu sepenuhnya, dicadangkan ibu-ibu perlu kawal makan agar perut tidak buncit dan menggeleber.

Lemak dan minyak perlu dikurangkan, kena ambil lebih protein untuk bina semula otot. Makanan yang boleh bantu bakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu perlu dilebihkan.

No comments:

Post a Comment

untuk details pertanyaan direct whatsapp atau sms 01123084337

Labels

alat senaman murah alat senaman perut murah tips dan artikel alat senaman perut exercise bike basikal murah basikal senaman go shop basikal senaman murah dumbell dan barbell connector dumbell murah malaysia fit bike gym bike indoor bike trainer six pack care murah spinning bike stationary bike alat senaman berkesan alat senaman cardio basikal Senaman Murah malaysia basikal senaman basikal senaman lazada basikal senaman online murah dumbell dumbell 15 kg fitness champion harga push up pump push up pro set dumbell singlet cegah boroi sit up machine six pack care trampoline besar trampoline malaysia trampoline murah treadmill murah zero bike Rock N Roll Stepper alat Senaman tower 200 alat bumping alat kempis perut alat senaman alat senaman kempiskan perut alat senaman rocket push up pump alat senaman tangan alat senaman twister murah alat senaman untuk kaki alat senaman untuk perut alat six pack bar besi push up barbell connector best smartwatch in malaysia cardio twister murah malaysia chin up bar fitness bike harga basikal senaman lipat harga power crunch harga trampoline besar hot shaper iron bar iron gym bar jam tangan telefon lazada kedai alat senaman kedai alat senaman murah malaysia lexcon mini stepper mini treadmill plank exercise plank machine power plank power stretch roller produk untuk upper body puul up bar revoflex xtreme murah seluar kurus senaman badan senaman bumping senaman kuruskan badan singlet boroi singlet kempiskan perut untuk lelaki six pack care lexcon slimming pants slimming shirt smart wonder core smartwatch murah Malaysia smartwatch shop malaysia smartwatch terbaik stepper murah supplier trampoline testimoni basikal senaman lipat murah malaysia total core murah total core murah malaysia workout gym bar murah