LIKE US

( officially registered with SSM .. SSM registered no : 002192313X )
Showing posts with label tips dan artikel. Show all posts
Showing posts with label tips dan artikel. Show all posts

5 tips memilih makanan untuk bina badan

Berikut adalah 5 tips memilih makanan bina badan ;-




1. Tingkatkan bahagian hidangan & kadar pengambilan makanan anda.


Jika anda mengangkat berat, maka anda perlu makan lebih kerap. Orang yang aktif memerlukan lebih banyak kalori daripada orang yang tidak aktif bersukan

2. Atur jadual & waktu makan anda .

Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang anda. Ini memberi masa badan anda cukup untuk menghadamkan makanan, supaya anda mempunyai tenaga untuk bersenam. Anda juga perlu makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah baik selepas latihan bina badan.


3. Tambah jumlah karbohidrat dalam diet anda.

Anda mungkin pernah mendengar orang yang ambil makanan berkarbohidrat tinggi sebelum dan selepas senaman. Karbohidrat memberi badan anda lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa senaman anda.


4 Lebihkan sumber protein dalam makanan anda.

Sebaik-baiknya, anda mahu makan sumber protein tanpa lemak apabila anda cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot.


5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Buah & sayuran menyediakan tubuh anda dengan vitamin dan nutrien yang mencukupi semasa anda membuat latihan bina badan yang berat untuk menambahkan pembesaran otot.

NAk lagi tipss ???


like pages fb kami 

CARA MENENTUKAN SAMADA .. ANDA BUNCIT ATAU TIDAK ?



Harini jom saya kongsikan macamana cara nak mengukur dan tentukan samada perut anda buncit atau tak.

Panduan ni sesuai untuk mereka yang ragu-ragu je.. kalau yang dah kategori terang lagi bersuluh tu.. takyah buat pun takpe :D

OK, caranya ialah dengan mengukur lilitan pinggang dan di bahagikan dengan ukuran lilitan pinggul.

Maka dapatlah anda punya WHR (Waist Hip Ration)

Untuk perempuan, jika WHR kamu melebihi 0.85 , maka berita sedihnya kamu kategori berperut buncit. Untuk lelaki pula, di katakan boroi bila melebihi 0.95

Apapun, ianya cuma panduan saja, bukanya tepat sangat-sangat.

Senaman untuk Turunkan Berat Badan dengan Cepat Mudah dan Body Kekal Fit

Senaman kardio atau cardio workout adalah senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu.

Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.



senaman kardio



1. BERLARI


 

Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjogging. Berjoging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama


2. BERJOGING



Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.


3. BERBASIKAL



Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.


4. BERENANG



Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.

 

5. BERSUKAN

 
pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.

 


6. NAIK TURUN BANGKU




Ini juga cara paling simple untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.

Buat tip ini:

Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.

Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.

Selamat Bersenam


kredit : maskulin

Tips , Petua dan Cara Kempiskan Perut Berkesan Selepas bersalin

Nak Kempiskan Perut Selepas Bersalin? Amalkan 4 Amalan Ini




“Aik, mengandung lagi?”

Bayangkan tiba-tiba jumpa kawan, dia tegur depan ramai-ramai orang tanya betul ke kita mengandung lagi, padahal baru aje bersalin.

Bayangkan bila tiba-tiba ada orang offer tempat duduk dalam LRT sebab ingat kita mengandung.

Aduuhhh.
Boleh spoil mood sepanjang hari. Nak salahkan diorang pun tak boleh juga, perut sendiri yang buncit tak boleh nak sorok. Diri sendiri la kena tanggung.

Jangan risau, masalah ni boleh dikatakan masalah sejagat wanita. Group online ibu berpantang, bersalin dan menyusukan sering keluar soalan ni.

“Siapa ada idea macamana nak kempiskan balik perut ni. HUHUHU”

Tragis sungguh bunyinya.

Ida ada jumpa petua-petua yang mungkin boleh anda cuba jika anda teruskan baca artikel ni.


Petua 1: Susu Ibu

Ida rasa petua ni sangat berkesan. Susu Ibu memang banyak baiknya pada baby, tetapi untuk ibu juga ada kesan yang sangat bagus untuk perut.
Sebaik sahaja selepas bersalin, susukan anak terus secara eksklusif boleh bantu buang lemak yang tidak diperlukan.
Menyusu badan boleh cepatkan proses kecutkan rahim dan boleh bakar 200 hingga 600 kalori sehari.
Bila rahim kita mengecut, perut buncit pun kembali kempis. Kalori terbakar juga bantu hilangkan lemak yang tak perlu di perut.
Anak kenyang dengan 1001 khasiat, si ibu kembali cantik seperti yang diinginkan.Sahabat kita dalam video di bawah ni PANIK bila susu kurang. Apa yang beliau lakukan selepas itu benar-benar berbaloi.


Petua 2: Berbengkung

Ibu Ida memang sangat strict tentang berbengkung ni. Dalam pantang memang wajib pakai.
Memang rasa tak selesa, rimas dan panas. Kadang-kadang gatal pun ada sebab berpeluh.


Tapi ia petua yang sangat berkesan langsingkan semula perut lepas bersalin.
Rahim kita sangat sensitif ketika ini, kerana telah berubah saiz berganda dari asal. Pergerakan yang banyak ketika berpantang perlu dielak bagi elak masalah pada rahim.
Sebab itu wajib berbengkung untuk menjaganya. Kulit-kulit geleber dan perut buncit juga boleh dibetulkan semula.
Walaupun ia petua yang makin dipinggirkan, namun ia masih menjadi petua utama penjagaan ketika pantang dari orang tua yang paling perlu dijaga jika ingin kembalikan bentuk badan zaman anak dara.
Dr Zubaidi juga bersetuju berbengkung boleh kurangkan berat badan.


Petua 3: Bertungku / Bertangas  / Bersauna

Banyak dah jenis bertungku moden masa kini. Tapi cara lama menggunakan batu / tungku besi yang disalai dan disalut sejenis daun(tak ingat daun apa) untuk bertungku.
Kaedah tradisional ini boleh pecahkan darah beku, lemak dan kurangkan bengkak dalam perut / rahim.
Lepas bertungku, boleh rasa darah-darah beku berketul-ketul keluar. Darah-darah kotor ini mesti keluar untuk jaga dalaman rahim kita.Rasa lega pun ada.
Bertangas dan sauna juga boleh pecahkan lemak. Lemak-lemak di perut penyebab buncit pun boleh hilang. Angin dan air berlebihan dalam badan pun boleh keluar.
Toksin yang ada dalam badan juga keluar melalui kulit dan badan akan rasa lebih ringan dan kembali kepada bentuk asal.


Petua 4: Kawal Pemakanan

Yang ini, ramai buat silap. Menyusu anak bukan peluang untuk makan 2 kali ganda dari biasa. Tetap kena kawal pemakanan.

Macamana badan tak macam dipam-pam jika asyik makan tanpa henti.

Tapi, itulah masalah kita ibu-ibu kan? Susah kawal selera makan.

Apabila anak dah tak minum susu ibu sepenuhnya, dicadangkan ibu-ibu perlu kawal makan agar perut tidak buncit dan menggeleber.

Lemak dan minyak perlu dikurangkan, kena ambil lebih protein untuk bina semula otot. Makanan yang boleh bantu bakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu perlu dilebihkan.

Senaman Kuruskan Badan Untuk Perempuan


 senaman untuk wanita



Masalah berat badan ataupun struktur badan untuk wanita memang selalu menjadi isu pada wanita. Tidak terlepas juga ke pada lelaki. Tapi kali ini nak tunjukkan cara-cara senaman kuruskan badan khasnya untuk wanita. Mudah dan senang untuk diamalkan.

Seperti senaman untuk punggung yang menarik merupakan keyword yang dicari, Samada nak melangsingkan tubuh badan mahupun mengecilkan paha. Untuk wanita, dipersilakan mengikuti langkah-langkah yang bisa dilakukan di mana anda berada. Jangan lupa, 



senaman kuruskan badan untuk wanita








Labels

alat senaman murah alat senaman perut murah tips dan artikel alat senaman perut exercise bike basikal murah basikal senaman go shop basikal senaman murah dumbell dan barbell connector dumbell murah malaysia fit bike gym bike indoor bike trainer six pack care murah spinning bike stationary bike alat senaman berkesan alat senaman cardio basikal Senaman Murah malaysia basikal senaman basikal senaman lazada basikal senaman online murah dumbell dumbell 15 kg fitness champion harga push up pump push up pro set dumbell singlet cegah boroi sit up machine six pack care trampoline besar trampoline malaysia trampoline murah treadmill murah zero bike Rock N Roll Stepper alat Senaman tower 200 alat bumping alat kempis perut alat senaman alat senaman kempiskan perut alat senaman rocket push up pump alat senaman tangan alat senaman twister murah alat senaman untuk kaki alat senaman untuk perut alat six pack bar besi push up barbell connector best smartwatch in malaysia cardio twister murah malaysia chin up bar fitness bike harga basikal senaman lipat harga power crunch harga trampoline besar hot shaper iron bar iron gym bar jam tangan telefon lazada kedai alat senaman kedai alat senaman murah malaysia lexcon mini stepper mini treadmill plank exercise plank machine power plank power stretch roller produk untuk upper body puul up bar revoflex xtreme murah seluar kurus senaman badan senaman bumping senaman kuruskan badan singlet boroi singlet kempiskan perut untuk lelaki six pack care lexcon slimming pants slimming shirt smart wonder core smartwatch murah Malaysia smartwatch shop malaysia smartwatch terbaik stepper murah supplier trampoline testimoni basikal senaman lipat murah malaysia total core murah total core murah malaysia workout gym bar murah